Tempahan

Ikuti Langkah-Langkah Berikut Untuk Membuat Tempahan :-

LANGKAH 1 : ISI BORANG TEMPAHAN
- Pastikan borang di isi dengan betul dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan
  bertanggungjawab   sekiranya maklumat yang dicetak pada Kad Kahwin anda terdapat
  kesalahan. 
- Borang tempahan boleh diisi dibawah

LANGKAH 2 : DEPOSIT RM30 (2 Peta) / RM15 (1 Peta)
- Sila buat deposit pembayaran kepada kami.
- Rujuk kaedah pembayaran disini.
- Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.

LANGKAH 3 : REKABENTUK DRAFT / ARTWORK & DESIGN
- Kami akan memulakan proses merekabentuk Kad Kahwin anda setelah Langkah 1 dan
  Langkah 2 selesai diikuti. Proses merekabentuk akan mengambil masa 3-7 hari tempoh
  bekerja.
- Sila emel Peta Lokasi Perkahwinan anda ke lhsprintservices@yahoo.com 
- Rekabentuk yang telah siap akan diemelkan kepada anda untuk pengesahan.

LANGKAH 4 : PEMBETULAN
- Sila semak dengan teliti draft Kad Kahwin anda (Ejaan dan Peta Lokasi).
- Hubungi kami menerusi Emel sekiranya terdapat pembetulan yang perlu dibuat.
- Sila sahkan draft Kad Kahwin anda sehingga tiada lagi pembetulan yang perlu dibuat.

LANGKAH 5 : PENTING! DEPOSIT KEDUA - 50%
- Sila buat deposit pembayaran sebanyak 50% dari jumlah bersih tempahan anda.
- Kad Kahwin anda tidak akan dicetak selagi anda tidak membuat deposit pembayaran
  sebanyak 50%.
- Sila buat pembayaran dengan segera untuk mengelakkan Kad Kahwin anda lewat
  diterima.
- Rujuk kaedah pembayaran disini.

LANGKAH 6 : PROSES CETAKAN
- Proses cetakan akan dibuat selepas Langkah 4 dan Langkah 5 selesai diikuti.
- Tempoh cetakan mengambil masa 7-14 hari bekerja, bergantung kepada keadaan
  semasa.

LANGKAH 7 : KAD SIAP DICETAK
- Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap dicetak.
- Anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status
  Kad Kahwin anda.

LANGKAH 8 : PENTING! BAYARAN AKHIR
- Sila buat pembayaran untuk baki jumlah bersih tempahan anda sebanyak 50%.
- Kad Kahwin anda tidak akan dihantar selagi baki bayaran belum dibuat.
Rujuk kaedah pembayaran disini.

LANGKAH 9 : PENGHANTARAN
- Penghantaran adalah tertakluk kepada tempat dan keadaan.
- Anda boleh ambil sendiri Kad Kahwin dari kami atau kami menghantar kepada anda
  menerusi perkhidmatan Pos Laju atau Kangaroo Mel.
- Kos penghantaran akan ditanggung oleh anda.
- Caj penghantaran akan dimaklumkan kemudian selepas berat kad diketahui.

# Pertanyaan lanjut, boleh hubungi menerusi emel dan telefon seperti dibawah :
   No Tel : 013 - 919 9684 (Lokman)
   Emel   : lhsprintservices@yahoo.com

.